Tips menghadapi cuaca panas


Tips menghadapi cuaca panas

Semasa cuaca panas terik ini adalah penting untuk kita semua menjaga kesihatan dengan banyak minum air. Badan lebih cepat terhidrasi atau kurang air walaupun duduk dalam tempat berhawa dingin. Tambahan lagi aktiviti luar yang memang terkena cuaca panas.

Risiko Mangsa Cuaca Panas
Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:
  1. Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
  2. Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
  3. Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
  4. Penghidap penyakit sistem pernafasan.
  5. Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
  6. Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/ pengeringan peluh. Maka pakaila pakai menutup aurat yang longgar seupaya pengudaraan lebih baik. 🙂

Gejala Cuaca Panas Melampau 

Akibat dari terdedah dengan suhu dan haba cuaca melampau ni, kita mungkin boleh mengalami ;

  1. Sakit kepala
  2. Keletihan
  3. Lemah tumpuan
  4. Pening
  5. Lemah otot–otot atau kekejangan, amalkan Episor
  6. Mual dan muntah
  7. Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).

Sekiranya gejala diatas berlaku, anda perlu;

  • Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
  • Minum minuman isotonik seperti Air Kelapa Muda kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh. Minum air isotonik terbaik sebab ada opticarb yang membekalkan tenaga serta merta.
  • Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
  • Pakai krim pelindung suria, SPF 50 keatas sekiranya nak keluar rumah.
  • Hadkan aktiviti luar
  • Kerap berehat
  • Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
  • Pakai topi atau payung yang besar

Elakkan:

  1. Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi, syor minum teh herba tanpa gula.
  2. Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
  3. Bersenam dalam cuaca panas

Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawah;

  1. Keluar dari kawasan yang panas
  2. Tanggalkan pakaian yang ketat (pakai pakaian yang longgar la ye? jgn bikini pulak)
  3. Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
  4. Gunakan kipas untuk sejukkan badan
  5. Minum air setiap 15 minit
  6. Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal
  7. Banyak solat dan doa dengan Allah SWT.

 

Be Sociable, Share!
Follow me on Social Media:

No Comments

Leave a reply

CommentLuv badge