Mengintai Aku di Neraka


Mengintai Aku di Neraka

Teaser Mengintai Aku di Neraka

Saudaraku…
Setiap kali kau bertanya, mengapa aku yang diuji ? .
.
Tuhan menjawab pertanyaanmu.
” Apakah kamu menyangka bahawa kamu akan dibiarkan hidup dan mengatakan kamu beriman tanpa terlebih dahulu kamu diuji ?”
.
Lalu kau mengeluh, apakah tiada penawar bagi hati yang terluka ini?
.
Tuhan membalas keluhanmu :
” Wahai jiwa-jiwa yang tenang, kembalilah ke pangkal Tuhanmu ( setelah kau merasakan peritnya hidup didunia, lantas kau bersabar) dengan meraih redha Tuhanmu, dan masuklah dalam kumpulan hamba-hambaKU di dalam SyurgaKU”
.
Kemudian, kau berkata lagi.
‘ Apakah hidup ini tidak akan ada bahagia?’
.
Tuhan menjawab lagi, ” Sesungguhnya ketahuilah kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan tipu daya semata, kerna akhiratlah kehidupan untukmu selamanya”
.
Tapi mengapa mereka bahagia tidak aku?
.
Tuhan membelai mu dengan jawapanNYA lagi.
” Boleh jadi kamu menyangka ianya baik bagi kamu, sedangkan ianya buruk bagimu dan boleh jadi kamu menyangka ianya buruk bagimu, sedangkan ia baik bagimu, sesungguhnya Allah itu maha mengetahui lagi maha bijaksana”
.
Saudaraku, DIA tahu keluhan hatimu. Kembalilah, kerna sejauh manapun kau berjalan diatas dunia ini, Disini bukan tempatmu, kau pasti merasa kosong dan sepi ..
.
Kerana, kau tercipta adalah untuk KESANA selamanya.

Teaser #mengintaiakudineraka

 

Be Sociable, Share!
Follow me on Social Media:

No Comments

Leave a reply

CommentLuv badge